.jpg)
UPSR telah berakhir semalam. Riak muka menceritakan segalanya. Ada yang mengharapkan sesuatu dan ada pula yang macam tidak mengetahui yang dia sedang berperiksa.
Selepas ini mereka akan berehat dan hanya akan menempuh peperiksaan PMR pada Tingkatan 3 kelak. Paling utama mereka membesar sebagai seorang manusia dan bukannya sebagai "orang"...
Bagi "Kawan" segalanya berjalan seperti yang dirancanakan. Wajah petugas-petugas peperiksaan sentiasa ceria. Seolah-olah mereka pula yang dapat menjawab soalan.
Cuma "Kawan" rasa Ujian Apitud perlukan sedikit penambahbaikan sekiranya dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. Masa menjawab yang agak panjang menyebabkan murid merasa bosan di dalam dewan peperiksaan.
Berbagai-bagai perkara yang dilakukan untuk menghilangkan kebosanan. Maklumlah semuanya telah selesai menjawab setelah 1 jam peperiksaan berlangsung. Sedangkan masa masih berbaki setengah jam lagi. Jadi bayang-bayangkan gelagat murid-murid tersebut...
P/S : Terfikir juga pada tahun hadapan untuk berubah angin. Hendak mencari pengalaman baru. Sudah lama asyik menjaga peperiksaan, mungkin mengubah haluan sebagai penanda kertas peperiksaan pulak. Tapi mampukah "Kawan" untuk menatap skrip-skrip jawapan yang berbagai-bagai. BM pulak tu...

2 comments:
Insya'Allah, belum cuba belum tahu. Kelebihannya bila dah tahu... bolehlah disebarkan dengan lebih luas.. teknik2 menjawab yang sepatutnya :)
Insyaallah Kak Yong, "Kawan" nk mencuba.
Belum cuba belum tahu, eyer tak...
Kalau dh cuba nanti "kawan" bimbang "kawan" mabuk darat. Hihihi...
Thanks Kak Yong.
Salam Ramadhan
Post a Comment