07 December 2009

Apa raa...


Jika dilihat daripada segi publisiti nampak macam hebat sangat. Lagak dan gaya para pemain pun macam pemain profesional di Eropah.

Media pun baru lepas canangkan bahawa pasukan ini mampu memulihkan semula imej negara. Lebih-lebih lagi apabila berjaya membelasah lawan sehingga sebelas gol tanpa balas.

Tetapi semalam skripnya berubah lagi. Sama seperti temasya-temasya yang lepas. Kali ini tewas lagi dengan pasukan Vietnam. Pemain pula sibuk menyalahkan pengadil walhal banyak kesilapan sendiri yang dilakukan.

Bukan apa, mungkin mereka sudah rasa besar dan bangga diri bertaraf profesional di liga negara sendiri.

Sampai bilalah keadaan akan berubah.

P/S : Baru jer bersemangat semula nak sokong pasukan negara. Tapi setiap kali diberikan harapan menggunung, lingkup pulak. Asyik tertipu ajer le aku nie sebab tu maleh dah nak layan liga tempatan. Bila jadi macam tu kata aku ni tak patriotik le pulak. Layan liga kampung lagi best, dia orang main pun ikhlas sbb tak dapat habuan apa-apa hanya berdasarkan minat mendalam dalam bola sepak...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .