10 December 2009

Lagi Ghairah Aku, Kalau Kat Sini...


Geram dengan apa yang terjadi rasanya lebih baik aku menumpukan perhatian kat sini. Kepuasan jelas terbayang jika memenangi sesuatu perlawanan. Jika kalah pun aku tidak rugi apa-apa. Main peringkat antarabangsa pun ada team yang kena "titik" dengan aku. Pemain pun tidak banyak karenah. Semua akur menurut arahan jurulatih. Paling utama wang di kelab aku ni semakin banyak. Kalaulah boleh "transfer" ke bank. Memang sahlah aku berhenti kerja. Duduk depan laptop sepenuh masa...

P/S : Marah tak abis lagi ni walau pun kau orang menang dengan Kemboja. Sebab tu asyik ber"aku" ajer nie. Hanya kemenangan dengan Thailand ajer akan men"normal"kan kembali perasaan aku. Tapi boleh ke kau orang menang???!!!

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .