Akhirnya Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak dengan mengalahkan Vietnam dengan keputusan 1 - 0 malam tadi. Kemenangan yang mengakhiri penantian selama 20 tahun. Keegoan Vietnam turut terlebur kerana mereka menjangkakan mampu menang mudah sebagaimana yang dilakukan dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus yang telah berjaya menunaikan impian penyokong tempatan yang begitu merindui kejuaraan begini. Diharapkan mereka semua tidak terbuai-buai dengan kejayaan sehingga menyebabkan prestasi merudum pula selepas ini.
Kemenangan ini akan menutup sejenak mulut pengkritik tempatan dan diharapkan menjadi "turning point" agar kejayaan seterusnya boleh dijelmakan. Sekurang-kurangnya ranking pasukan kebangsaan berhak untuk berada dalam kedudukan yang lebih cemerlang.
P/S : Terharu melihat bendera Malaysia dinaikkan, maklumlah dah kemarau 20 tahun. Gersang sangat-sangat...

No comments:
Post a Comment