
Tahniah kepada pasukan negara kerana telah berjaya menewaskan pasukan Laos dengan keputusan 3 - 1. Mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun pada suatu masa kedudukan terikat 1 - 1. Selepas itu, "Kawan" merasakan impian untuk melihat pasukan negara ke perlawanan akhir semakin malap. Tapi mereka kemudiannya berjaya menyerap tekanan dan berjaya memenangi perlawanan ini dengan penuh dramatik. Semoga kejayaan ini akan dapat dikecapi dengan kemenangan dalam perlawanan akhir menentang pasukan Vietnam pada 17 Disember. Sesungguhnya kami sangat-sangat merindui kemahsyuran yang pernah dikecapi sekitar era 70-an dan 80-an dahulu. Hanya kilauan pingat "Emas" dan dendangan lagu "Negaraku" yang akan dapat mengubat segala kesepian ini...
P/S : Tahniah sekali lagi untuk anda pemain bola sepak Malaysia. "Kawan" puas hati malam nie. Tak dapat benda lain pun tak apa dah...
P/S : Tahniah sekali lagi untuk anda pemain bola sepak Malaysia. "Kawan" puas hati malam nie. Tak dapat benda lain pun tak apa dah...



No comments:
Post a Comment