13 January 2010

Dapat jua akhirnya...


Akhirnya engkau ku miliki jua akhirnya. Walau pun ramai yang mengatakan dikau tidak begitu menyenangkan termasuk diriku dahulu. Tapi pandanganku kini telah berubah. Entah mengapa hatiku boleh terterpikat padamu. Mungkin kerana apa yang telah aku lalui sebelum ini menyebabkan hatiku yang dulu menyenangimu semakin membencimu detik demi detik.

Petang tadi secara rasminya kau kumiliki dan esok aku akan mengucapkan salam perpisahan kepadamu, wahai "berukband" berjenama burung terbang.

Kerana kini internetku lebih stabil dan meyakinkan...


P/S : TQ kepada bro Jon (9W2MVA) yang telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Selepas ini kepada rakan-rakan yang ingin mengikuti jejak langkah "Kawan" boleh le menghubungi beliau. Tak sampai 2 hari, dah settle... "Jom Streamyx..."

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .