15 January 2010

Kenangan Lama...

Semasa mengemas barang-barang peribadi sebelum sesi persekolahan bermula, "Kawan" terjumpa pula keratan-keratan akhbar ini. Teringat kembali semasa menceburkan diri dalam sukan berkuda di samping berpeluang menjadi jurulatih untuk mendidik murid-murid sekolah di sekitar Ipoh tentang sukan ini.

Banyak kebaikan yang dapat diperolehi dalam menunggang kuda sebenarnya. Nabi Muhammad SAW sendiri menganjurkan umatnya supaya mempelajari ilmu berkuda, bukan sahaja untuk kesihatan diri tetapi juga sebagai suatu strategi dalam menguatkan pertahanan negara.

Bagi mereka yang berkemampuan, cuba-cubalah menceburi aktiviti ini. Anda akan merasai kelainannya.





P/S : Lama juga tak berkunjung ke "Ipoh Turf Club" tu. Agak-agaknya banyak perubahan yang berlaku. Anak-anak didik pun rasa-rasanya dah banyak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .