Semasa rakan-rakanku di Seri Iskandar sibuk bermandi peluh dan berhempas-pulas untuk menamatkan kayuhan, "Kawan" pula berada di suatu kawasan lain. Berada di sebuah kawasan terpencil untuk menghadapi ujian. Ujian yang menguji fizikal dan mental sama ada "Kawan" mampu mengharunginya atau pun terkandas di pertengahan jalan. Walaupun panas tapak kaki dibuatnya setiap ujian itu berjaya ditempuhi dengan jayanya.
Seperti kehidupan kita juga yang banyak ranjau dan duri selagi bergelar makhluk Allah di muka bumi ini...
P/S : Tahniah kepada seluruh warga kerja di Seri Iskandar Cycling Team yang telah berjaya menganjurkan xtvt tempoh hari. Pengorbanan anda semua membuktikan masih ada insan di dunia ini yang tidak hanya memandang ganjaran dan wang semata-mata. Sifat keikhlasan perlu ada di dalam diri...



No comments:
Post a Comment