Pagi semalam "Kawan" bersama dengan Abang Fidaus dan Abg Razak telah berkayuh ke Ulu Kuang. Laluan awal yang dirancang pada awalnya ke Jalong dan Sungai Siput terpaksa dibatalkan kerana kekurangan para pengayuh. Sebaliknya kami ke kawasan perkelahan di Ulu Kuang. Kawasan ini telah "Kawan" perhatikan melalui blog Cikgu Azmi minggu lepas.
Apabila rakan-rakan mencadangkan tempat tersebut, "Kawan" bersetuju kerana teringin untuk melihat paparan dan pemandangan sebenar. Ternyata tempat tersebut agak menarik dan mendamaikan. Keletihan berkayuh sejauh lebih kurang 15 km seakan tidak dirasakan sebaik sahaja kami tiba di sana.
Kesimpulannya mungkin selepas ini "Kawan" bercadang untuk membawa keluarga pula untuk berkelah di sana...

Cuma pemandangan di atas sahaja yang menyebabkan "Kawan" terkilan. Susah sangat ke untuk mengumpulkan sampah-sampah yang telah digunakan ke dalam plastik dan kemudiannya dibuang ke tempat yang sepatutnya.
Alahai manusia, ingat sampah-sampah tu boleh berjalan sendiri ke ???
P/S : Segar rasanya dapat merendamkan kaki di kolam air panas tersebut. Sambil-sambil itu menyungkil rahsia daripada rakan-rakan Klebang Putra yang telah mengikuti "Kayuhan Seri Iskandar" minggu lepas. Ternyata mereka berpuas hati dengan laluan yang telah disediakan oleh penganjur...

No comments:
Post a Comment