Dua program berbeza untuk dua hari yang berbeza.
Sabtu, "Kawan" menghantar harmonic ke sekolah. Dia terlibat dengan program "Bestari Solat". Tahun ini merupakan tahun yang ke-4, dia menyertainya. Suatu program yang bagus dalam mendidik dan memberikan pengetahuan kepada generasi muda ini tentang kepentingan solat.
Semoga selepas program ini, harmonic "Kawan" menyedari tentang tanggungjawabnya sebagai "Hamba Allah" di atas muka bumi ciptaan-NYA. Program yang bermula pada jam 0800 dan berakhir pada 1200 dengan minum pagi dan makan tengah hari yang disediakan untuk murid. Sambil menunggu "Kawan" mengambil peluang untuk menyelesaikan beberapa urusan yang tergendala sebelum ini.
Ahad pula "Kawan" bersama-sama dengan rakan KPCT meredah bukit di Kampung Kolam. XTVT bermula pada jam 0800 dan berakhir sekitar jam 1130 (gambarnya boleh dilihat di sini KPCT). Selepas itu macam biasalah "Kawan" membawa pula XYL dan harmonic keluar makan tengah hari dan membeli barangan dapur.
Tiba di rumah sekitar jam 1500 dan selepas selesai menunaikan yang wajib, "Kawan" meneruskan xtvt tidur.
Penat beb....
P/S : Kayuhan Kg Kolam ini sebagai medan ujian sama ada "Kawan" mampu atau tidak untuk menyertai jemboree HTR pada bulan Mei yang akan datang. Rasa-rasanya ...

No comments:
Post a Comment