Pada minggu ini "Kawan" tidak berkesempatan bersama-sama rakan untuk berkayuh bagi mencari stamina sebelum ke "Jambori HTR" kerana terlibat dengan suatu program lain di kawasan perkelahan Hulu Kenas di Kuala Kangsar. Walau pun begitu aktiviti yang "Kawan" sertai ini turut menguji fizikal dan mental kerana kami dikehendaki berjalan merantas denai dan belukar untuk sampai ke sesuatu "check point" yang telah ditetapkan.
Aktiviti yang dimaksudkan ialah aktiviti pandu arah. Ianya diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran anggota sukarela 12 SSD (AW) dalam membaca peta dan kompas. Baring yang benar-benar tepat perlu diperolehi agar distinasi yang dituju tidak tersasar jauh atau tersesat di dalam hutan. Halangan dan rintangan yang dilihat di atas peta juga perlu dikenal pasti. Jika tidak, seluruh ahli kumpulan pastinya akan berhadapan dengan situasi sukar dan menyesakkan nafas.
Kami bermula sekitar jam 0900H dalam kebasahan kerana hujan telah turun sejak dari awal pagi lagi. Berbekalkan semangat untuk belajar dan diajar, kami berjaya menamatkan latihan sekitar jam 1630H dan selamat kembali ke pengkalan sekitar jam 1715H.
P/S : Penatnya bukan kepalang. Balik dari kem, "Kawan" terus terlelap hingga ke petang. Malam ini pun masih terasa keletihannya namun mata belum boleh lelap, mungkin disebabkan "over dos tidur" pada petang tadi...

No comments:
Post a Comment