Hari terakhir PKSR 1 atau istilah biasanya, Peperiksaan Pertengahan Tahun. "Pening lalat" juga dibuatnya, manakan tidak hari ini murid-murid diuji dengan kertas Bahasa Arab. Kira beruntung jugalah mereka kerana telah didedahkan dengan mata pelajaran ini semenjak dari kecil lagi. "Kawan" dulu pun berpeluang mempelajarinya semasa di sekolah agama Kerajaan Negeri Johor. Walau pun banyak yang dipelajari tetapi kini banyak jugalah yang telah dilupai.
Banyak pengalaman yang ditempuhi semasa zaman pesekolahan. Jadual harian menjadi padat. Pagi bersekolah agama dari jam 0730 sehingga 1100, manakala tengah hari bergegas pula ke sekolah menengah. Persekolahan tamat pun sekitar jam 1830. Masa di rumah hanya ada 2, 3 jam sahaja. Malamnya pula menuntut ilmu dengan arwah "Tok Bak" iaitu datuk "Kawan" bermula selepas solat Maghrib sehinggalah jam 2100. Begitulah rutin seharian terutamanya pada hari-hari persekolahan.
Penat? Letih? Bosan...??? Semuanya dirasai. Bila dikenang kembali agak rugi juga kerana banyak ilmu daripada arwah Tok Bak yang tidak diperolehi disebabkan kejahilan diri sendiri...
P/S : Sekarang nie suasana dah berlainan. Generasi yang ada dewasa ini semakin kurang mendapat peluang untuk berlajar ilmu-ilmu sebegini. Semuanya seolah-olah menghilang bersama-sama generasi lama. Hanya yang dahagakan ilmu sahaja yang sanggup untuk mencari dan meneroka kerana peluangnya tetap ada...

No comments:
Post a Comment