26 July 2010

Akan Datang...


Petang tadi "Kawan" meronda-ronda sekeliling taman Klebang Putra. Terdetik pula di hati untuk melihat perkembangan terkini sebuah sekolah rendah yang khabarnya dalam proses pembinaan.

Banyak sudah khabar-khabar yang didengar tentang pembinaan sekolah ini. Sehinggakan ada yang mendakwa semuanya hanyalah permainan pihak pemaju bagi menarik perhatian bakal pembeli.

Setiba di kawasan berkenaan, ternyata projek sekolah ini sedang berjalan rancak. Beberapa buah bangunan telah pun kelihatan.

Menurut pengawal keselamatan yang berada di situ, tapak bangunan bertingkat pula dalam proses menanam cerucuk. Sekiranya semua berjalan lancar dan mengikut jadual tahun hadapan sekolah ini akan siap dibina.

P/S : Apabila sekolah ini siap kelak mudahlah bagi anak "Kawan" untuk bersekolah. Tak adalah jauh sangat sehingga memerlukan pengangkutan lain. Jimatlah sikit walau pun kadang kala tidak sejimat mana. Lagi pun duit bertimbun pun bukannya boleh dibawa mati...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .