25 July 2010

Zaman Sekolah...






Sesekali menatap gambar-gambar lama "Kawan" rasa terhibur. Tanpa kita sedari masa begitu pantas berlalu. Bila dikenang semula bagaikan baru semalam segalanya berlaku. Jika dahulu rakan-rakan kelihatan "slim" tetapi kini mungkin sudah mengalami perubahan. Rakan-rakan lelaki sedia maklum, perubahan mungkin di bahagian perut manakala rakan-rakan perempuan pula mungkin mengalami perubahan secara total. Ada juga yang kurang mengalami perubahan ketara dan mungkin juga seperti dahulu sama ada dari segi wajah mahu pun watak peribadi. Segalanya kini menjadi kenangan buat diceritakan kepada anak-anak pula.

P/S : Malam nie pun kebetulan "Kawan" pasang "printer" untuk mencetak tugasan anak sulung. Sambil-sambil tu, ambil kesempatan untuk mengimbas gambar-gambar lama untuk simpanan di dalam hard disk...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .