Setelah sekian lama tertangguh dek kerana hujan yang kerap turun pada sebelah petang akhirnya petang tadi termakbul juga hasrat "Kawan" untuk ke tempat ini.
Syukur kerana cuaca yang terang pada hari ini membolehkan "Kawan" melaksanakan misi untuk merakam gambar sebelum stesyen ini hanya tinggal nama pada masa hadapan.
Khabarnya, laluan kereta api yang melalui Tanjung Rambutan ini akan ditutup setelah laluan kereta api berkembar siap sepenuhnya.
Di sinilah suatu ketika dahulu semasa masih menjadi penuntut di Maktab Perguruan Ipoh, "Kawan" bersama rakan-rakan serumah melepak sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Kami seronok melihat gelagat petugas stesyen yang menghulurkan sesuatu kepada pemandu kereta api. Mereka kelihatan begitu cekap dan kami tidak pernah melihat walau sekali pun pemandu tersebut gagal menyambutnya.
Sehingga kini,"Kawan" masih tertanya apakah benda tersebut. Barangkali ianya merupakan suatu penanda bahawa kereta api tersebut telah melalui kawasan tersebut.
P/S : Agak-agaknya rakan-rakan serumah dulu masih ingat lagi ke kenangan-kenangan tersebut. Kalau nak diceritakan mahu 1001 malam tak akan selesai.

No comments:
Post a Comment