19 July 2010

Baru 5 Tahun...










Seronok melihat anak bongsu "Kawan" menyertai acara sukaneka PASTI 2010 pada siang tadi. Manakan tidak, awal-awal pagi lagi dia telah bangun dan kemudiannya mandi. Semuanya tanpa disuruh.

Riak wajahnya menampak dia begitu bersemangat untuk menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakannya. Kehadiran abang dan ibunya pula menjadikannya lebih bersemangat untuk mengotakan janji.

Daripada 3 acara yang disertainya, 2 menjadi johan dan satu lagi sekadar tempat ke-2. Bukan main gembiranya dia dengan hadiah yang dibawa pulang. Pingat itu dikalungnya sampailah ke rumah.

P/S : Melihat pada gayanya, memang ada bakat dalam bidang sukan. Sebagai bapa, "Kawan" kena fikirkan acara yang boleh disertainya sejak dari kanak-kanak. Mana tahu suatu hari nanti boleh mengharumkan nama negara. Abangnya juga perlu "Kawan" fikirkan bidang yang sesuai. Jika tidak, berdengki pula masing-masing. Alahai, makin gugurlah rambut ayahnya....

3 comments:

eija said...

tahniah le jul...tambahlah bilangan anak supaya meriah lagi bakat dalam keluarga ko...ko aje da ada brape bakat...dlu aku x prasan pun ko ada bakat2 ni sema...

Pijul said...

Tima kasih sahabat atas nasihat yg diberi. Tu bkn bakat cuma ihsan drp rakan2 yg sanggup berkongsikan ilmu mereka sahaja. Hihihi...

Anonymous said...

Tahniah, gambar pun cantek.. teruskan..

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .