06 July 2010

Outing...












Gunung Lang merupakan salah sebuah tempat yang sewajarnya dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Ipoh. Panoramanya yang indah dengan landskap semulajadi benar-benar memukau pandangan bagi mereka yang mencintai keindahan alam ciptaan Allah SWT ini.

"Kawan" pun sebenarnya telah lama tidak singgah ke sini. Kesempatan yang ada walau pun senja semakin melabuhkan layarnya, "Kawan" gunakan untuk merakam detik-detik menarik dengan menggunakan "buah hati" yang baru "Kawan" miliki tetapi telah merakamkan hampir 4000 keping gambar setakat ini.

P/S : "Kawan" akan "outing" ke sini lagi. Kali ini biarlah semasa cahaya terang agar berjaya mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan hati...

1 comment:

en_me said...

chanteknyerr waterfall tewww.. uhuhu

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .