10 August 2010

Melihat Anak Bulan...




Insyaallah, pada petang ini pencerapan anak bulan akan diadakan di tempat-tempat yang telah ditetapkan seperti di Pontian Kecil di Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka), Teluk Kemang (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Selangor), Pulau Angsa (Selangor), Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Aceh (Pulau Pinang);,Kampung Pulau Sayak (Kedah), Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah), Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu), Bukit Kemuning (Terengganu), Pulau Perhentian (Terengganu), Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan), Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan), Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjong Lubang, Miri (Sarawak), Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak), Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah, Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang), Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang), Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan), Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Pencerapan anak bulan ini perlu untuk penetapan bulan Ramadhan di mana kita sebagai seorang Islam akan memulakan ibadah puasa selama sebulan. Semoga kedatangan Ramadhan pada kali ini kita rebut segala peluang-peluangnya sementara hayat masih ada.

P/S : Tahun lepas "Kawan" berkesempatan berkunjung ke Tanjong Lubang di Miri, Sarawak. Tempat ini merupakan salah satu daripada tapak untuk melihat anak bulan di Malaysia. Panoramanya sangat menarik berhadapan dengan keindahan Laut Cina Selatan.

2 comments:

en_me said...

salam ramadhan cikgu.. nice blog.. thanx for the info..

tunjukla gambar masa dorang tengok anak bulan tewww pakey telescope.. uhuhu

Pijul said...

Gbr ni diambil selepas bulan Ramadhan thn lepas. Dalam 2 minggu slps Aidilfitri. Saya berkesempatan ke sana kerana ada program bersama jabatan pendidikan perak. Rugi juga kerna tidak dapat menyaksikan bagaimana anak bulan dicerap cuma berkesempatan melihat tapaknya sahaja..

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .