26 October 2010
Segalanya Telah Dilalui Dengan Tabah...
Selesai sudah segalanya dilalui selama 2 minggu di Jugra. Walau pun penat dan memeritkan, tetapi segala tugasan berjaya dilaksanakan dan cabaran-cabaran ditempuhi dengan jayanya. Banyak yang dipelajari terutamanya dalam ilmu semboyan. Agak berbeza jika dibandingkan dengan radio amatur tetapi tetap menggunakan radio sebagai medium untuk menghantar dan menerima berita. Selain itu kami juga didedahkan dengan peralatan-peralatan terkini milik tentera darat dalam Rejimen Semboyan Diraja.Canggih bila segalanya digabungkan dengan teknologi terkini...
P/S : Pahit pada mulanya tetapi bila ruyung dapat dipecahkan akhirnya sagu berjaya dinikmati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul,
Pijul,
Ipoh , Perak .





No comments:
Post a Comment