
Pertandingan bola sepak Tahun 4 adalah sebahagian daripada program untuk murid setelah selesai menjalani Peperiksaan Akhir Tahun. Disinilah bakat-bakat baru dikesan untuk diserapkan ke dalam pasukan utama sekolah pada tahun hadapan. Berbagai skil dipamerkan oleh mereka. Jika dilihat pada masa hadapan Malaysia tidak akan ketandusan bintang-bintang baru. Cuma yang membezakan hanyalah sikap sama ada mereka boleh melakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk di tangga...
P/S : Anak "Kawan" pun cuba beraksi dengan sebaik mungkin. Mungkin melepaskan geram kerana pada 28 Nov ini akan ada majlis besar untuknya. Semoga dia mampu melepasi halangan tersebut seperti mana kanak-kanak lelaki yang lain...
No comments:
Post a Comment