26 November 2010

Merayau-rayau...






Bersama-sama dengan beberapa rakan fotografi, kami merayau-rayau dari Batu Gajah terus ke Simpang Pulai. Objektif utamanya ialah mencari beberapa tempat-tempat menarik untuk dirakamkan melalui lensa masing-masing. Dalam pada itu radio amatur turut digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan sekitar berkenaan tempat yang ingin dituju. Hasil bantuan daripada 9W2ZCB kami berjumpa juga dengan tempat yang menjadi sasaran utama. Walau pun hasilan kali ini kurang memuaskan hati tapi cukuplah sebagai bahan-bahan yang akan dikoleksikan untuk tatapan peribadi. Gaya-gayanya ruang waktu yang lain perlu dicari untuk terus meneroka dan mendapatkan panorama yang lebih menarik.

P/S : Bermain dengan alam terasa begitu mendamaikan, hilang seketika keserabutan yang membelenggu diri. Begitulah anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-NYA. Setiap ciptaan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Unik dan mengasyikkan...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .