Cabaran sebagai kanak-kanak lelaki Muslim telah pun berjaya dilalui oleh anak "Kawan". Setelah 6 hari berlalu dia kini semakin sembuh. Hari ke-4 telah pun mula memakai seluar. Berjalan pun semakin cepat manakala tempat tergantung telah ditinggalkan. Selepas ini dia akan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan Allah SWT dengan melaksanakan segala tuntutan-NYA. Semoga pengalaman ini menjadi titik bermulanya perubahan dalam diri.
P/S : Proses berkhatan telah pun mengalami perubahan. Penggunaan teknologi terkini banyak membantu dalam proses penyembuhan walau pun menggunakan khidmat Tok Mudim...
No comments:
Post a Comment