17 January 2011

Lepas Gian Sebelum Dikurung...











Cuti hari minggu aku gunakan untuk membawa keluargku bersiar-siar di sekitar Ipoh. Antara lokasi yang kami tujui ialah Taman DR dan Gunung Lang. Tambahan anak bongsuku yang begitu berhajat untuk ke Gunung Lang. Ramai juga pengunjung yang berada di sana. Mungkin nasib kami yang agak baik kerana dapat menyeberangi ke seberang dengan menggunakan bot. Harganya cuma RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Dengan kos yang sedemikian, kukira agak berbaloi asalkan mereka gembira memandangkan mulai 18 Januari, aku akan berkursus selama sebulan di Pusat Latihan Askar Wataniah Ipoh. Pastinya kursus kali ini lebih mantap dan membebankan jwa, raga serta fizikalku. Doakan aku berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

1 comment:

Amrisktd said...

semoga lebih mantap slps ni....

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .