Bermula Sabtu lepas, latihan pasukan softball sekolah telah pun bermula. Ramai juga murid Tahun 5 dan 6 yang hadir untuk sesi pemilihan. Aku ditugaskkan untuk membantu Cikgu Bob melatih murid-murid tentang permainan yang baru diperkenalkan di sekolahku ini.
Agak malang juga kerana aku berkesempatan sekali sahaja memandangkan selepas ini aku akan meninggalkan sekolah selama sebulan. Cuma aku mengharapkan agar pertandingan tersebut dijalankan sekembalinya aku daripada berkursus.
Anak sulungku juga turut bersemangat untuk bermain permainan ini. Walau pun ayahnya menjadi jurulatih tetapi itu bukan tiket automatik bagi membolehkannya terpilih sebagai pemain sekolah. Segalanya bergantung kepada usaha dan kegigihannya semasa menjalani latihan.
Sebagai ayah, aku sememangnya mengharapkan agar dia terpilih tetapi sebagai jurulatih sudah pastinya kami memerlukan pemain yang mantap untuk menggalas tanggungjawab mengharumkan nama sekolah.











1 comment:
semoga berjaya.....
Post a Comment