Berbagai pengalaman manis dan pahit ditempuhi selama sebulan "aku" menjalani Kursus Ketua Platun Siri 1/2011 di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) Ipoh. Kami penuntut kursus seramai 50 orang menjalani latihan dengan penuh semangat dan tabah menempuhi segala rintangan yang mendatang. Objektifnya agar kami mampu manjadi pemimpin serta dihormati oleh anggota bawahan. Di sana juga telah kami didedahkan dengan pelbagai mata pelajaran dan maklumat-maklumat tambahan yang boleh digunakan apabila kami kembali ke unit masing-masing. Semangat kerjasama turut dititikberatkan dalam satu pasukan agar segala tugasan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Menjelang hari-hari terakhir kursus terasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini kerana masing-masing semakin akrab dan menceriakan di antara satu sama lain...
P/S : Ucapan terima kasih kepada JLK dan jurulatih-jurulatih yang sanggup berkorban tenaga dan masa untuk kami. Tanpa mereka sudah pasti kami tidak mampu untuk menamatkan kursus ini. Insyaallah, kita akan bertemu lagi di kursus-kursus yang mendatang...
1 comment:
gambar aku pon ade.. syuk ar...
Post a Comment