30 April 2011

Ada Harapan Tahun Ini...








Petang tadi aku meninjau-nijau ke sekolah baru di kawasan perumahanku. Badan pun sebenarnya masih terasa letih dan sengal-sengal. Semuanya disebabkan penangan bermain futsal di Sunway Extreme Park sempena sambutan Hari Guru 2011. Pertandingan tersebut diadakan lebih awal disebabkan kekangan masa. Hanya pada tarikh hari ini sahaja yang dapat dilakukan. Pasukan kami hanya mampu melangkah ke pusingan kedua. Jadilah sebagai pengalaman kali pertama.

Sekolah baru di atas masih lagi dalam pembinaan. Dijangka dibuka pada tahun ini. Mesyuarat awal telah pun diadakan di sekolahku untuk menentukan murid mana yang akan digerakkan nanti. Guru-guru juga telah diberikan tawaran sekiranya mereka berminat untuk bertukar. Bukannya paksaan sebaliknya atas kerelaan hati masing-masing.

Aku masih lagi dengan keputusan awal untuk terus kekal di SK Tasik Damai. Sukar rasanya jika bertugas di sekolah yang berada dalam taman perumahanku sendiri. Apa yang aku alami sekarang pun merupakan nikmat terbaik memandangkan sebelum ke SK Tasik Damai, aku bertugas di sekolah yang jauh dari rumahku. Mungkin aku sudah betah dengan suasana sebegini setelah berbelas tahun menjadi seorang guru di rantauan orang. Jadi apalah sangat jika ke SK Tasik Damai yang terletak hanya 6 KM daripada rumahku...

P/S : Pembukaan sekolah di Klebang Putra kelak akan mengurangkan kesesakkan di beberapa buah sekolah di kawasan sekitarnya kerana kebanyakkan muridnya menetap di kawasan Klebang. Tapi sampai bilalah agaknya? Khabarnya sekolah baru ini hanya mempunyai 18 buah kelas. Mampukah untuk menampung limpahan murid yang ternyata begitu ramai kelak...

3 comments:

ALINA ZAINI said...

6 km aje... akak dah 9 tahun berulang 10 km dari rumah.Terasa letih bila ada aktiviti waktu petang kena ulang alik. Best part di taman perumahan tiada orang kenal siapa kita.

Anonymous said...

Wargh! Pijul 6km jer... Wife n anak2 aku tiap2 ari 1 way 19km, bayangkan kalu balik...? Ada member aku kat Chemor, Ipoh, ulang ke Batu Gajah. Huh, dasat ek! Eniwei ngkau tok sah arr pindah mn2. Stay ajer arr kat SKTD he3

Pijul said...

Br 3 tahun dapat nikmat 6km. Sblm nie semua jauh2 belaka. Ipoh-Sungkai(Pos Jernang) selama 3 tahun pn dah pernah.

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .