Keindahan alam semulajadi merupakan anugerah teragung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sekalian makhluknya. Kurniaan ini sekiranya tidak dijaga dengan baik akan memberi kesan kepada genarasi yang akan datang.
Bermain dengan kamera membawaku perasaan keinsafan bahawa panorama indah pelu kita rakamkan dan dipotraitkan agar dapat menjadi tatapan semua orang yang mencintai keindahan alam sekitar.
Kunjunganku ke kawasan hutan dara di Ulu Kuang bersama Cikgu Azman memenuhi impian kami untuk memahirkan diri dengan gadjet masing-masing sekaligus berpeluang untuk bermesra dengan alam.
Kali ini misi aku cuma untuk membekukan air sahaja. Mungkin di lain hari aku akan menghasilkan gambar "slow shutter". Tunggu masa dan ketikanya.
P/S : Tempat seindah ini sememangnya mudah menjadi sarang maksiat. Pasangan-pasangan ber"dating" kerana kawasannya yang agak jauh daripada perkampungan. Mungkin selamat daripada pandangan manusia tetapi tidak bagi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment