Pertandingan Softball Bawah 12 Tahun Daerah Kinta telah pun berakhir semalam. Sebanyak 6 buah sekolah telah mengambil bahagian untuk ketegori lelaki. Pertandingan yang bermula pada 4 April (Isnin) telah menyaksikan pasukan SK Manjoi 1 sebagai johan manakala SK Sri Kinta pula sebagai naib johan.
Bagi SK Tasik Damai ini merupakan penyertaan kali pertama dan menduduki tempat ke-5 dengan hanya mampu memenangi satu perlawanan sahaja. Pencapaian ini bolehlah dibanggakan kerana sebagai pasukan baru dalam permainan ini masih banyak ruang-ruang yang perlu diperbaiki.
Insyaallah tahun hadapan pasukan SK Tasik Damai akan kembali dan sekurang-kurangnya mampu memberikan tentangan yang berkualiti apabila bertemu dengan pasukan-pasukan yang lain kelak.
P/S : Banyak juga yang "aku" pelajari di sana. Bertemu dengan guru-guru yang telah lama melatih pasukan softball sekolah membolehkan aku memikirkan idea-idea untuk program softball selepas ini...










No comments:
Post a Comment