25 July 2011

Minggu yang Menakjubkan...





Minggu lepas merupakan minggu yang paling padat kurasakan. Berkejaran dengan masa untuk menyiapkan pelbagai tugasan. Daripada tugasan di sekolah, hobi dan kekeluargaan. Syukurlah segalanya dapat diselesaikan dengan baik. 

Sabtu hingga Isnin, pasukan sukarelaku menjalani latihan komunikasi di Batu Kurau, Taiping. Aku dan 5 orang anggotaku ditempatkan di sebuah kawasan perkelahan yang terletak di Jelai. Pada masa itu badanku mulai terasa sengal-sengal sendi, demam dan selsema. 

Aku terpaksa bergerak pulang ke Ipoh lebih awal iaitu pada petang ahad. Syukurlah setelah berehat seharian hari ini, kesihatanku semakin pulih. Cuma hidungku masih tersumbat. Menganggu kelancaran oksigen yang masuk dan keluar.

P/S : Suatu kejadian yang mengejutkan terjadi di Jelai. Mujurlah kejadian tersebut tidak menjadi terlalu serius. Jika tidak sudah pasti ada yang dikenakan tindakan...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .