08 August 2011

Diariku atau Diari Kami...



(Klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas.)

Bagaikan wabak penyakit yang sedang melanda, gejala bercinta di zaman sekolah rendah semakin menjadi-jadi. Minggu ini aku merampas sebuah buku catatan daripada seorang murid. Catatan yang berkisahkan tentang perhubungan dan percintaannya dengan seorang murid lelaki. Bukan untuk mengenepikan naluri kasih sayang yang telah diberikan oleh Allah SWT cuma rasanya pada usia sebegini (kanak-kanak) murid-murid ini belum lagi sesuai untuk bercinta dengan lelaki atau perempuan lain. Terdetik juga kebimbangan di hati ini bagaimanalah pula dengan generasi yang akan datang. Adakah lebih baik atau semakin parah daripada apa yang dilihat sekarang.

P/S : Paparan di atas bukannya berniat untuk mengaibkan murid terbabit. Semuanya sekadar pengajaran dan pembuktian atas apa yang sedang dan telah berlaku sekarang...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .