16 August 2011

Merdeka Datang Lagi...






Sambutan Hari Kemerdekaan kini muncul kembali. Kali ini sambutannya menjangkau ke-54 tahun dengan temanya “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”.

Jika dilihat kepada angkanya, usia ulangtahun kemerdekaan di negara kita telah memasuki usia yang benar-benar matang. Angka "54" menunjukkan pelbagai pengalaman telah pun di lalui. Bermula dengan era darurat dan kini rakyat mampu hidup dalam suasana harmoni kerana keadaan negara kita yang aman dan makmur.

Benar seperti kata ayahku dahulu, "Dalam menempuh kehidupan pelbagai pengalaman, pelbagai dugaan yang akan kita hadapi. Pengalaman itulah yang akan mendewasakan kita. Seiring dengan usia yang kita lalui".

Usia kemerdekaan bakal menjangkau 54 tahun, tetapi adakah kita sebagai rakyat telah benar-benar matang. Melihat kepada pelbagai pengaruh barat yang menyerapi masyarakat, kita sebenarnya masih di takuk lama. Masih ramai yang menganggap apa yang dibawa dari barat merupakan sesuatu yang terbaik. Lantas meninggalkan norma-norma Islam itu sendiri.

Merdeka padaku cuma pada pemerintahan. Kepada siapa yang memegang kekuasaan. Kepada siapa yang mempunyai pengaruh. Pemikiran kita sebenarnya masih lagi dijajah dan masih dibelenggu. Kita berfikir untuk maju tetapi langkah kita semakin lama semakin menjauhi dan semakin manyimpang ke arah destinasi yang dituju.

Dakyah dan propanganda pula sering disebarkan agar kita takut untuk melakukan perubahan. Sehinggalah sekian lama kita seolah-olah hidup dibawah tempurung. 

P/S : Sambutan bulan kemerdekaan di sekolahku telah dilancarkan semalam. Sambutannya secara sederhana sahaja sesuai dengan kemuliaan Bulan Ramadhan. Program yang disuruh oleh Allah perlulah diutamakan. Program buatan manusia boleh dipinda-pinda. Dengar khabarnya sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-54 akan dilangsungkan pada 16 September 2011.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .