Bertempat di Kolam Wak Nan yang terletak di Kg Sri Klebang para pemancing berentap untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan oleh penganjur pertandingan. Hadiah pertama bernilai RM15 ribu tunai. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.
Ini bukanlah hobi baruku. Kehadiranku sekadar untuk merakamkan detik-detik dan aksi-aksi menarik para pemancing yang menyertai pertandingan tersebut. Terdapat juga para pemancing yang datang dari luar Ipoh. Sempat juga "aku" berbual dengan salah seorang peserta dari Seberang Perai. Dia bersama-sama rakannya memperolehi maklumat tentang pertandingan ini daripada rakan mereka yang tinggal di Ipoh. Mungkin hadiah yang ditawarkan bersama-sama dengan semangat memancing yang jitu menjadikan mereka tiba ke sini.
Memandangkan ini merupakan kali pertama mereka tiba di kolam Wak Nan. Mereka telah mencuba memancing di kolam-kolam yang terdapat di situ sejak malam lagi. Khabarnya semasa ujian tersebut, nasib mereka ternyata baik. Mereka beroleh dua ekor ikan yang setiap satunya seberat 11 kg.
Tetapi nasib mereka berbeza semasa pertandingan. Mereka hanya berjaya memperolehi seekor ikan seberat 4 kg sahaja. Daripada senarai "top ten" kedudukan mereka merudum selepas itu apabila pemancing-pemancing lain mulai berjaya mendapatkan ikan-ikan yang lebih berat. Walau pun demikian mereka ternyata bersemangat untuk meneruskannya sehingga ke detik-detik terakhir.
P/S : Ternyata untuk menjadi seorang pemancing sifat sabar dalam diri perlu ada. Semoga sifat sabar tersebut diseimbangkan antara kehendak dunia dan juga akhirat. Apa pun "aku" selute untuk kaki-kaki pemancing nie...













No comments:
Post a Comment