Cuti sudah pun tiba ke penghujungnya. Sanak-saudara dan sahabat-handai telah pun selamat pulang ke tempat masing-masing. Kini yang tinggal cuma kenangan. Mungkin pahit, mungkin manis. Semuanya adalah pengalaman. Pengalaman sementara menunggu kedatangan Syawal pada tahun hadapan pula. Itu pun jika dipanjangkan umur oleh "Yang Maha Esa".
Semoga selepas ini , kita akan lebih bersemangat untuk bertugas. Aidilfitri cuma sehari selebihnya adalah Syawal. Janganlah kita dihanyutkan pula dengan perayaan demi perayaan sehingga menjejaskan prestasi kerja masing-masing. Poket juga mungkin rabak, manakala kehidupan perlu diteruskan jua.
P/S : Aku dan keluargaku selamat kembali ke rumah kami di Ipoh. Penat, letih saling terasa menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan aliran darah mengalir pantas...
No comments:
Post a Comment