15 September 2011

Peperiksaan Bermula "The End"...



Hari ke-3 yang merupakan hari terakhir untuk pelajar tahun enam di seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR 2011. Terdapat dua sesi pada hari ini iaitu pada sebelah pagi dan petang. 3 kertas iaitu mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2. Sesi petangnya pula dijalankan Ujian Aptitud.

Ujian Aptitud mula diperkenalkan pada tahun 2009. Ujian Aptitud adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan. Ianya mengandungi tiga bahagian. Masa yang diperuntukkan untuk calon menjawab ialah 1 jam 30 minit.

Tiga bahagian adalah seperti berikut :
  • Bahagian I: Kemahiran Berfikir
  • Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan  Masalah dan Membuat Keputusan
  • Bahagian III: Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.

Antara tujuan ujian ini diperkenalkan ialah untuk mengenalpasti kecenderungan dan minat murid terhadap sesuatu perkara. Ada juga yang menyatakan bahawa ujian ini ialah sebagai pengukur aras tentang aliran menengah yang sesuai untuk murid. Tetapi sehingga kini tiada maklumat tepat tentang tujuan dan keberkesanan ujian ini.

Ujian ini juga memperuntukkan masa selama 1 jam 30 minit untuk 61 soalan yang dikemukakan. Rasanya tempoh masa ini terlalu panjang. Sepanjang 3 tahun "aku" mengawasi ujian ini, ternyata murid-murid mampu menyiapkannya selama 1 jam sahaja. Keadaan ini jika tidak dikawalselia dengan baik oleh para pengawas peperiksaan akan mewujudkan suasana yang kurang elok. Murid mulai terasa bosan hinggakan mula berlaku "acara berganti-ganti" untuk ke tandas. Bagi sekolah yang calonnya ramai pula akan menyebabkan suasana bising yang memerlukan pengawas peperiksaan bertindak dengan lebih tegas.

Semoga pihak-pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula perlaksanaan ujian ini daripada segi masa dan objektifnya. Jika boleh keputusannya diketahui oleh murid agar mereka mampu menggunakannya sebagai suatu panduan untuk menentukan aliran pendidikan menengah mereka. 

P/S : Selesai sudah tugasan "aku" pada tahun ini. Mungkin jika diberi kesempatan, tahun hadapan pula. Berkerja dengan guru-guru yang "sporting" menyebabkan 3 hari bagaikan 3 minit sahaja...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .