Peperiksaan UPSR 2011 masuk hari yang ke-2. Hanya satu kertas yang dijalankan iaitu mata pelajaran Matematik Kertas 1. Subjek ini merupakan subjek yang ditunggu-tunggu oleh pelajar yang bijak-pandai tetapi bagi pelajar-pelajar kelas-kelas belakang, subjek ini dianggap sebagai membosankan. Bermain dengan angka membuat otak menjadi kurang bertenaga. Barangkali kekurangan oksigen yang mengalir dalam pembuluh darah untuk dibekalkan ke sana.
Di sekolah tempat "aku" bertugas mengawasi peperiksaan ini, kebanyakkan muridnya menjawab dengan tekun dan penuh kesungguhan. Sikap seperti inilah yang guru-guru harapkan. Anak-anak murid sanggup berhempas-pulas sehingga ke detik-detik yang penghabisan setelah habis segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada mereka.
Kami pula cuma bertugas selama 1 jam sahaja, memandangkan sekolah ini tidak terlibat untuk mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa India (matapelajaran yang dikhususkan untuk sekolah jenis kebangsaan sahaja). Usai sahaja tugasan, masing-masing bergerak ke destinasi berlainan. Cuma "aku" dan sahabatku singgah di sekolah kami untuk menyiapkan borang tuntutan. Selainnya "aku" menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh.
Esok merupakan hari terakhir yang mana segala borang-borang berkaitan perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas kami. Elaunnya bukanlah lumayan sangat jika hendak dibandingkan dengan pendapatan seorang peniaga nasi lemak di "Kampung Baru" yang boleh mengaut ratusan ringgit sehari. Cuma sebagai seorang Islam, kita perlu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan. Lagi pun amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.
P/S : Hari terakhir peperiksaan UPSR berlanjutan hingga ke 1630. Jenuh le menunggu, perasaan mengantuk sudah pasti datang bertandang terutamanya peperiksaan yang akan dijalankan pada sesi petang...
No comments:
Post a Comment