27 October 2011

Negara Gajah Putih Bab 2...



































Rombongan merentas sempadan ini merupakan salah satu daripada aktiviti Kelab Bestari SK Tasik Damai. Banyak halangan yang dihadapi semasa menguruskan rombongan ini.

Peristiwa pengeboman di selatan Thai dan juga banjir di Bangkok, sedikit sebanyak mengugat perasaan ahli-ahli rombongan yang pada mulanya bersetuju untuk turut serta. Hinggakan program ini hampir dibatalkan.

Cuma selepas penerangan diberikan, masing-masing bersetuju agar ianya diteruskan. Sejujurnya aku berterima kasih pada semua yang menjadikan impian ini suatu realiti.

Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk memberikan kelegaan minda kepada para guru dan juga pihak kakitangan sekolah. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan yang dialami selepas berhempas-pulas sejak dari awal tahun.

Antara tempat-tempat menarik yang sempat dilawati ialah Nora Plaza,Samila Beach, Pasar Terapung Klonghae dan Bazar HatYai.

Harganya jika dibandingkan dengan di tanah air lebih kurang sama. Cuma di sana kita boleh membuat pilihan kerana banyaknya barangan yang dijual. 

Jika setakat membawa sekitar 3500 Bhat (Lebih kurang RM350), rasanya kita akan lebih banyak menjadi pemerhati daripada membeli. Atas sebab itulah, tidak banyak barangan yang dapat kubeli.

Pembelian sekadar untuk isteri dan anak-anakku sahaja. Agar mereka merasa gembira memandangkan mereka tidak kubawa bersama...

P/S : Di Hatyai, kehidupan malamnya seperti di siang hari. Para peniaga membuka permis mereka sehingga menjangkau hingga ke tengah malam. Industri seksnya jangan diceritakanlah. Warga2 tua Malaysia yang mengepit jalang merupakan salah satu fenomena biasa di sana. Mujurlah tidak kelihatan umat Islam yang berbangsa Melayu sahaja...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .