28 October 2011

Negara Gajah Putih Bab 3...



Aktiviti malamku di Hatyai telah menemukan aku dengan sebuah kedai yang menjual peralatan radio amatur. Harganya boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan di tanah air. Setelah puas menawar harga pada kadar yang terbaik, aku telah membeli sebatang antena untuk menggantikan antena lama yang telah lama pecah dibahagian plastiknya. Dengan panjangnya kira-kira 80 cm, aku kini tidak lagi menghadapi masalah untuk memakir kenderaan di pakir berbumbung.

Data Tekniknya seperti berikut :
  • Frequency 140-150 MHz
  • Gain 4.1 db
  • Max Power Rating 100W
  • Impedance 50
  • VSWR Less Then 1 : 1.5
  • Length 80 cm
  • Net Weight 200 G
Radio Amatur merupakan antara hobi yang telah aku ceburi sekitar tahun 2007. Namun begitu kadar keaktifanku dalam komunikasi melalui udara ini agak merosot. Sehinggakan dalam tempoh sebulan tiada langsung jariku menekan PTT. Mungkinkah disebabkan kekerapan jariku menekan kamera menyebabkan minatku itu semakin berkurangan. Aku akui Radio Amatur merupakan medium terbaik untuk aku mencari kenalan-kenalan baru. Bukan sahaja di sekitar Ipoh malah ke serata alam.

P/S : Setakat ini aku masih gagal untuk menguji keberkesanan tahap pemancarannya. Masaku semasa perjalanan lebih kepada mendengar perbualan rakan-rakan sahaja. Bukan tak sudi, cuma tidak berkesempatan sahaja...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .