25 October 2011

Negara Gajah Putih...















Thailand, sebuah negara yang sering dikaitkan dengan industri seks. Seorang rakan radio amaturku menggunakan istilah "utara utara" apabila berbual dengannya di gelombang radio. Mengapa kita seringkali menyempitkan fikiran seolah-olah kunjungan kita ke negara berkenaan hanya untuk mengecap nikmat dunia semata-mata. Walhal banyak perkara yang boleh kita pelajari apabila berkunjung ke negara "Gajah Putih" ini.

Apa yang menarik perhatianku sepanjang 2 hari berada di HatYai ialah budaya para penduduknya. Penduduk di sana begitu menghargai pelancong. Sebab utama yang boleh dirumuskan ialah pelancongan merupakan sektor yang memberikan pulangan lumayan kepada mereka. Kehadiran pelancong bermakna aktiviti ekonomi boleh berkembang pesat.

Di sana juga ku lihat para penduduknya begitu mentaati undang-undang. Pengguna jalan raya sama ada yang berkereta atau bermotorsikal saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Boleh dikatakan "mat rempit" tidak kelihatan langsung sama ada di bandar-bandarnya seperti Hatyai dan Songkla atau pun di jalan-jalan kampung. Tidak seperti di tempat kita yang lubang telinga pasti berdesing mendengar deruman enjin motorsikal yang membingitkan telinga.

Khabarnya, di sana pihak berkuasa seperti Polis begitu tegas menegakkan undang-undang. Menurut maklumat yang aku perolehi, sekiranya pesalah dapat ditangkap semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat, sudah pasti pesalah tersebut akan dibelasah. Sesiapa pun tidak mempertikaikan tindakan pihak berkuasa kerana mereka bertindak untuk memastikan keharmonian sentiasa wujud di kawasan berkenaan. Antara percaya atau pun tidak, telefon awam di sana boleh digunakan semuanya. Tidak seperti di negara kita, baru 2 hari telefon awam itu diletakkan ianya telah pun rosak. 

Kebanyakan kereta-kereta yang bergerak di atas jalanraya merupakan kereta import. Kereta Jepun bergerak gagah di atas bumi Thai. Mungkinkah faktor cukai kereta import yang rendah menyebabkan mereka mampu memilikinya atau pun ada kaedah lain yang berkesan dan diamalkan oleh pemerintahnya. Sekiranya aku berkenderaan sendiri ke sana, sudah pasti kehadiranku akan dipandang sinis. Silap-silap gaya aku akan dimarahi kerana menyemakkan jalanraya mereka.

Harga makanan di sana pula agak mahal dan keterlaluan. Bayangkan segelas teh tarik berharga 20 Bhat atau pun RM2. Rasanya aku bersarapan paling mahal di sana apabila terpaksa membayar sebanyak 90 Bhat (RM9)  hanya untuk sepiring bihun goreng, segelas teh dan 3 ketul telur ikan. Mutu kedainya yang menyedihkan menyebabkan hati dan perasan terasa sedikit terkilan. Pemilik kedainya pula tidak berbaju dan sekadar mengenakan kain pelikat sahaja. Jika di Malaysia, sudah pasti kedai tersebut tidak menjadi pilihanku langsung. Begitulah apabila kita menjadi pelancong yang berkunjung ke negara orang. Selagi boleh disembelih, sudah pasti kita akan disembelihnya. Maklumlah bukannya selalu.

P/S : Cuma makanan tengah hari di Sami Kitchen yang menyebakan aku teringat sehingga sekarang. Hidangan kerabu mempelam begitu membuka selera. Hinggakan abis licin aku kerjakan. Selepas itu aku menempel pula di meja Cikgu Badrul dan keluarganya untuk mengerjakan kerabu mempelam mereka yang masih tersisa...

2 comments:

ALINA ZAINI said...

Salam, Terima kasih. Jalan jalan cari makan ke? jauh tu????????????

Pijul said...

Wslm...Rombongan Kelab Guru sekolah kak. Saya jd kepalanya. Kenale pegi. Rabak jgk le...Huhuhu....

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .