08 November 2011

Raya Korban...












Majlis Korban 10 Zulhijjah 1432H
Tempat : Bagan Pasir Laut, Bagan Datoh, Perak.
Masa : 1400 -1700
Ahad : 6 Nov 2011

Aidiladha semakin meninggalkan kita. Besok masuk hari yang ke-4. Jika dipanjangkan umur dan nyawa masih dipinjamkan oleh Allah, tahun hadapan kita akan dipertemukan semula. Tetapi adakah kita mampu menjamin nyawa masih dikandung badan walau pun hanya sedetik.

Ibadah korban merupakan ibadah yang dituntut setiap kali tibanya Aidiladha. Di sekitar kawasan Bagan Datoh, boleh dikatakan ibadah ini dijalankan dengan meriah. Akan kelihatan di setiap masjid dan surau, paling kurang pun seekor lembu yang menanti masa untuk dikorbankan. 

Masyarakat setempat akan datang berduyun-duyun dan melakukankan aktiviti ini secara kerjasama. Kemesraan dan senda-gurau jelas kelihatan. Segala kepenatan seakan tidak dirasakan, kerana keriuhan suasana tersebut.

Ibadah korban merupakan ibadah yang dituntut, tetapi adalah malang sekiranya kita meninggalkan tuntutan lima waktu yang dipertanggungjawabkan kepada kita.  Solat Zuhur dan Asar, kita tinggalkan lantaran kesibukan dalam menjalankan aktiviti ini.

Lebih malang lagi apabila ada anak-anak muda yang hadir, berseluar pendek paras lutut atau pun paha. Memanglah menutup aurat, tetapi rasanya seluar demikian tidak sesuai untuk dipakai sepanjang aktiviti korban ini diadakan...

P/S : Tahun ini, keluarga mertuaku mengadakan ibadah korban. Seekor lembu ditumbangkan. Sudah pasti hidangan sup turut diadakan. Namun aku agak berhati2 untuk menjamah hidangan ini. Makan secara sederhana adalah jalan terbaik...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .