Sekitar jam 2045, aku menerima mesej daripada Pak Yop Aziz (DJ Perak FM) tentang suatu temuramah yang bakal beliau adakan dengan Abg Mamat Khalid di Perak FM. Program tersebut merupakan program tajaan Enjit Semut Sdn Bhd sempena Fiesta Pelancongan yang akan diadakan di Taiping. Ianya juga merupakan sebahagian daripada promosi sempena Sambutan Tahun Melawat Perak 2012.
Kesempatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk aku bertemu dengan pengarah HKLBR ini. Bersama-sama dengan anakku, kami ke Perak FM untuk mengikuti temubual tersebut secara langsung. Terasa dalam diri seolah-olah "aku" bertindak sebagai jurugambar peribadi Abg Mamat pula untuk merakamkan temubual berkenaan.
Sebaik menjengah ke konti Perak FM, aku terkejut apabila Abg Mamat yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepadaku sebagai salam ukhwah tanda bermulanya sebuah persahabatan. Semasa program tersebut berlangsung sempat juga "aku" mencelah untuk berbual dengan Abg Mamat ketika lagu atau pun iklan dimainkan.
Program tersebut berakhir pada jam 2200 dan selepas sesi bergambar, Abg Mamat mengajak kami ke restoran yang terdekat. Semasa itu sempatlah juga "aku" bertanyakan beberapa soalan tentang filem-filem yang telah dan akan dihasilkan oleh beliau.
Tidak lupa juga beliau bercerita tentang pengalamannya semenjak berkecimpung dalam dunia perfileman daripada dahulu sehingga sekarang. Rasa "respect"ku pada Abg Mamat menjengah ke dalam diri kerana kami berbual seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain.
Suatu pertanyaan terdetik di hati, masih adakah insan seperti Abg Mamat yang begitu merendah diri walaupun statusnya selaku selebriti terkenal. Jika dengan orang lain adakah "aku" akan mendapat layanan sebegini. Betulah kata orang-orang Ipoh... "Ipoh Mali Tatak Sombong Lorrr... Kentut pun tatak munyi..."
P/S : Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Pak Yop Aziz atas peluang yang diberikan. Suatu nasihat Abg Mamat yang ku ingat sehingga kini ialah "Kita jangan berkira dalam melakukan sesuatu pekerjaan, lebih-lebih lagi jika pekerjaan tersebut merupakan minat kita. Apa pun yang kita terima, kita seharusnya berlapang dada kerana minat mengatasi segalanya..."

No comments:
Post a Comment