Ada sorang perempuan. Umur 15 tahun. Dia membawa anaknya yang berumur setahun berjalan di pasaraya.
"Orang kata dia perempuan hina. Tidak suci. Tidak malu."
Tapi tiada sesiapa mengetahui behawa dia dirogol semasa dia berumur 13 tahun...
Ada sorang lelaki. Dia sangat gemuk. Sudahlah gemuk, pendek pula.
"Orang kata dia tidak pandai menjaga diri."
Tetapi tiada sesiapa yang mengetahui bahawa dia berpenyakit. Makan atau tidak. Berat badannya akan naik setiap hari...
Ada sorang tua. Matanya buta manakala telinganya tiada.
"Orang kata dia seorang tua yang hodoh. Tersangatlah hodohnya."
Tapi tiada yang mengetahui bahawa dia seorang bekas tentera. Dia kehilangan mata dan telinga sewaktu bertempur dengan musuh negara. Dia seorang wira tetapi "wira yang tidak didendang". Wira yang dilupakan jasanya...
Begitulah kehidupan kita. Ada ketikanya kita hanya dinilai dan menilai seseorang hanya daripada segi fizikal. Kita melihatnya hebat melalui apa yang diceritakan dan ditunjukkan di hadapan mata kita.
Kadang-kala apa yang dibuat oleh seseorang yang tidak disukai, segalanya akan dikatakan sebagai tidak berfaedah. Tindak-tanduknya akan dipertikai.
Keadaan sebaliknya pula berlaku apabila perkara tersebut dilakukan orang yang kita suka, kita memuji tindakannya. Kita mengatakan yang dia seorang yang hebat, berkarisma dan bercita-cita tinggi. Segalanya usaha-usahanya kita sanjung tinggi. Dia dilindungi dan dipertahankan seolah-olah dia adalah segalanya...
P/S : Petikan ini diambil daripada FB "Mat Na-na". Diedit dan diolah semula mengikut gayaku. Sesuai dengan suasana petang yang mendamaikan. Otak tiba-tiba menjadi ligat untuk membicarakan sesuatu...
2 comments:
itulah apa yang dipanggil 'manusia'. Nak atau tidak diri kita sendiri juga terkena dengan tempias 'manusia' tanpa kita sedar atau tidak. atau pun ia datang dr kita sendiri atau dari mereka diluar sana
Kehebatan makhluk brgelar manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT...
Post a Comment