07 July 2012

Eh, nantilah....



                 Manusia memerlukan dorongan kerana doronganlah yang akan menjadikan sesorang itu sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu. Bayangkan jika murid yang bakal menghadapi peperiksaan tidak dibangkitkan jiwanya. Mindanya dibiarkan terbejat, kaku dan lemah. Adakah pelajar ini mampu untuk meneruskan perjuangannya dengan penuh bersemangat laksana seorang panglima di medan peperangan?

            Oleh kerana itulah program-program motivasi dilaksanakan untuk murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan utama. Mereka diasuh agar terus mengandakan usaha. Niat dan tekad untuk berjaya terus dipatrikan agar kejayaan gemilang dapat diraih. Biasalah jika inginkan sagu, ruyung perlu kita pecahkan. Tetapi untuk menikmati lebih banyak sagu, bermakna akan lebih banyaklah runyung yang bakal dipecahkan.

            Selain itu, tuntutan sebagai seorang hamba tidak seharusnya diketepikan. Murid-murid kita perlu disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim sejati. Bukannya muslim baka. Hanya tertera Islam mereka di atas sijil kelahiran dan kad pengenalan sahaja. Mereka seharusnya diingatkan akan pentingnya menyempurnakan solat 5 waktu. Pengisian rohani ini penting untuk melahirkan insan yang hebat peribadinya pada masa akan datang.

            Tanggungjawab kitalah sebagai seorang guru untuk mengingatkan mereka. Peruntukkanlah beberapa minit selepas urusan pengajaran selesai untuk menasihati murid akan kepentingan ibadah solat ini. Tanpa solat sudah pasti agamanya akan runtuh. Pabila runtuh agama bermakna akan runtuhlah bangsa dan negara. Pengasingan agama dalam kehidupan seharian tidak seharusnya berlaku. Perubahan perlu dilakukan agar generasi kita kan menjadi lebih beriman dan terbilang.

            Kita menjadi guru bukan sekadar untuk menikmati gaji setiap bulan tetapi sebagai suatu ibadah untuk bekalan di sana kelak…

P/S : Teringat akan kata-kata Dr. Shahbudin, "Kalau inginkan anak yang cemerlang berhenti "komplen' sekolah. Biarkan sekolah menentukan hala tuju dan program terbaik untuk anak-anak kita". Yalah kalau dah asyik komplen. Bilalah cikgu-cikgu dapat buat kerja dengan tenang. Komplen biar untuk membina dan bukan untuk meruntuhkan. Ni baru kutip seposen sehari untuk duit kelas, riuhnya macam abis duit kat dalam bank.
Hehehe... Dunia...Dunia.... 

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .