31 August 2012

Lama Dilupakan...



Stadium Merdeka merupakan nama yang gah suatu ketika dahulu. Tempat dimana laungan "Merdeka"  bergema. Tempat yang menyaksikan Tanah Melayu secara rasminya bebas daripada belenggu penjajahan Inggeris. Di sinilah pelbagai kaum dan keturunan hadir untuk menyaksikan pengisytiharan kemerdekaan oleh YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan perdana menteri Tanah Melayu pada ketika itu. 

Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Merdeka pada setiap tahun. Puluhan ribu penyokong akan membanjiri stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan negeri mereka. Ketika itu pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia merupakan pasukan yang berstatus negeri. Sudah tentu semangat kenegerian tersemat kukuh di sanubari masing-masing.

"Aku" yang masih bersekolah rendah pada waktu itu hanya mampu menatap di hadapan televisyen hitam-putih menyaksikan kemeriahan suasana di Stadium Merdeka. Sebenarnya banyak acara-acara besar yang diadakan di stadium ini. Setiap kali pasukan negara memenangi pertandingan, stadium ini akan menjadi saksi utama akan terpahatnya sejarah gemilang dalam negara kita.

P/S : Kini stadium ini semakin dilupakan. Kewujudan Stadium Nasional Bukit Jalil terus merampas tempat untuk penganjuran temasya utama di negara ini. Begitulah dengan kehidupan kita, bila ada sesuatu yang baru, kita akan melupakan yang lama. Lumrah alam...


No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .