30 August 2012

Selesai ke Masalahnya?



Situasi 1 ;
"Rol, besok jemput datang  ke rumah. Aku ada buat doa selamat. Jangan lupa. Ajaklah isteri dan anak-anak kau sekali".
"Alah... maaflah Karim. Besok aku nak ke utara. Ada urusan kat sana." (Sebenarnya aku memang malas nak pergi. Duduk di rumah lagi baik.)

Situasi 2 ;
"Lebih baik dia tak tahu apa yang aku buat. Kalau terserempak pun nanti, aku bagilah alasan. Janji dia tak tahu. Kalau dia tahu susahlah nanti. Kawan-kawan juga...Dalam bab macam ini baik aku pentingkan diri sendiri dahulu. Lagi pun silap-silap dia lagi banyak habuan daripada aku. Kalau aku tipu pun, dia bukannya tahu".

Situasi 3 ;
"Papa, kenapa papa tak sembahyang. Bukankah sembahyang tu wajib bagi org Islam." Tegur si anak kepada papanya sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang di udara.
"Papa bukannya tak mahu sembahyang. Papa sibuk sikit... tak sempat. Besok-besok papa buatlah. Lagi pun adik mana tahu yang papa tak sembahyang. Papa buat dalam bilik apa..." Si papa beralasan kepada anaknya walau pun terpaksa menipu.

Situasi 4 ;
"Abang, petang tadi ayang dah servis kereta tu. Kena RM200. Ayang gunakan duit raya anak-anak dulu. Nanti abang bayarkan balik yer..."
(Dalam hati isteri) Kalau tak cakap gunakan duit anak-anak nanti dia tak bayar. Baik tipu. Alah... tipu sunat orang kata.

Situasi 5 ;
"Alif... dah selesai solat Asar?" Tanya si ibu.
"Dah mak..." Anaknya menjawab sambil tangan terus menari-nari di atas keybord. Leka melayan facebook di internet.
Si anak mengomel-ngomel sendiri, "kalau tak ditipu, nanti kena leter. Lagi pun tengah syok nie.

Setiap hari tanpa kita sedari, kita menipu sebagai suatu alasan untuk kita menyelamatkan diri. Segalanya berlaku sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bagi yang sudah terbiasa keadah ini dianggap sebagai sesuatu perlakuan terbaik. Tidak pernah terdetik di hatinya bahawa perlakuan tersebut merupakan sesuatu yang tidak normal sebagai seorang manusia. Kadang-kala kita berasa bangga andainya dapat memberikan alasan walau pun terpaksa menipu.

Agak-agaknya kerana itulah dalam masyarakat Melayu timbul ungkapan "tipu atau bohong sunat". Suatu istilah yang agak janggal pasangan perkataannya. Tipu akan mendatangkan dosa. Jadi dimanakah datangnya pahala andainya di ketegorikan sebagai "tipu sunat"...

P/S : Kadangkala penipuan dibuat dengan memberikan alasan yang tidak logik. Mungkin untuk menjaga perasaan orang lain atau menipu sudah menjadi tabiat yang sebati di dalam diri.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .