12 November 2012

25 Percent... Penasihat yang Salah.



Apabila kita menghadapi masalah, kehadiran seseorang yang boleh dipercayai sangatlah diharapkan. Semoga dengan kehadirannya dapatlah mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung. Seelok-eloknya melalui pandangan dan nasihatnya dapatlah segala permasalahan tersebut diselesaikan dengan cara yang terbaik. Pemilihan individu yang boleh memberikan nasihat kepada adalah penting. Di sini disenaraikan beberapa tips yang boleh dikongsi bersama apabila kita ingin memilih untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati :
  1. Lihat latar belakangnya.
  2. Jangan memilih ahli keluarga yang beremosi.
  3. Elakkan memilih bekas kekasih.
  4. Elakkan mengambil mereka yang berkepentingan dengan kita.
  5. Elakkan mengambil pengamal undang-undang yang tidak beretika.
Banyak kes yang berlaku sekarang kerana kita tersilap memilih penasihat. Akhirnya ada rumahtangga yang terlerai angkara penasihat yang mengambil kesempatan ke atas individu yang dinasihati. Kita perlu lebih berhati-hati. Jangan mudah terpedaya dengan keindahan dan kesempurnaan di luar. Terimalah pasangan kita seadanya. Jika hendak dibanding-bandingkan hingga bila pun kita tidak akan menemui titik noktahnya.

P/S : 5 tips di atas dipetik daripada rancangan "Bersama al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin dengan topik Panasihat yang Salah di radio IKIM Fm." Rancangan ini disiarkan pada jam 10.30 pagi tadi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .