23 January 2013

Maulidur Rasul 1434H



Selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad saw. Semoga kita dapat menambah pengetahuan tentang sirah Rasulullah. Membongkar rahsia kehebatan peribadi baginda sehingga menjadi insan yang sempurna di atas muka bumi ini. Kita seharusnya bersyukur dan menjadikan Nabi Muhammad sebagai "role model" dalam menempuh kehidupan di muka bumi yang sementara ini. Semoga umat Islam semakin bersatu-padu dan mampu mengecapi zaman kegemilangan seperti pada zaman generasi terawal.

P/S : Perbanyakkanlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Di akhirat kelak hanya syaafat baginda yang dapat membantu kita. Sesungguhnya baginda Rasulullah sangat mencintai kita yang merupalan umatnya....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .