13 January 2013

Belajarlah....




Kita rajin mencari ilmu dunia walau pun terpaksa mengeluarkan wang. Sebanyak mana pun yuran yang dikenakan kita akan berusaha untuk membayarnya. Tetapi mengapa apabila kita diajak ke majlis-majlis ilmu sama ada di masjid atau di surau, kita masih enggan. Berbagai alasan yang kita beri. Ada pula yang mengaitkannya dengan individu-individu yang menyalahgunakan masjid dan surau untuk berpolitik. Kita enggan menjinakkan hati kita untuk mendampingi majlis-majlis ini. 

Ada pula yang sanggup bersusah-payah untuk mendapatkan tiket-tiket acara hiburan. Mereka sanggup beratur panjang seawal pagi dan berasa tidak puas hati apabila gagal mendapatkan tiket-tiket tersebut. Tetapi adakah kita turut berasa tidak puas hati andainya kita gagal hadir ke majlis-majlis ilmu agama? Begitu juga dengan acara-acara keramaian yang lain. Sejauh mana pun akan kita jejaki walau pun hingga ke hujung dunia. 

Ada seorang ustaz pernah menyampaikan bahawa nafsu itu ibarat seekor kuda yang liar. Tugas kita ialah untuk menjinakkannya. Kuda tersebut perlu diikat agar ia tidak bebas bergerak. Lama kelamaan kuda tersebut pasti akan mengikut dan akur dengan arahan kita. Begitulah juga dengan nafsu. Kita perlu manambatnya dengan ilmu. Selain itu, ilmu juga merupakan makanan rohani. Seperti mana kita makan untuk membolehkan tubuh mendapatkan tenaga begitulah juga dengan roh kita yang sentiasa laparkan ilmu. Segalanya untuk dijadikan bekalan semasa di "sana" kelak.

P/S : Aduhai manusia seISLAMku, sedarlah. Hanya ilmu dan iman yang dapat menyelamatkan kita kelak. 

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .