23 February 2013

Bukan Mudah Tapi Tak Susah

Bagaimana hendak membina peribadi anak menjadi soleh :

1. Mendidik dengan contoh tauladan yang baik.
2. Mendidik dengan memberikan nasihat peringatan.
3. Mendidik dengan kebiasaan yang baik.
4. Mendidik dengan hukuman yang baik.
5. Mendidik dengan pemerhatian yang baik.

Sunnah nabi yang digalakkan antara suami dn isteri :
1. Berkongsi bekas minuman yang sama.
2. Mandi bersama pasangan.
3. Menghargai tugasan yang dilakukan oleh isteri.

Tips di atas diperolehi semasa ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ustaz Munawir sempena mesyuarat PIBG di.sekolahku pagi tadi. Tip-tip yang diberikan bukanlah sesuatu yang susah untuk diamalkan dan bukanlah sesuatu yang terlampau mudah pula.

Sebagai manusia kita boleh melaksanakannya sedikit demi sedikit. Seperti kata bijak pandai, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Sekiranya kita tidak mula beramal sekarang, sudah pasti kita akan menemui kesukaran setelah usia semakin lanjut.

Beramallah walau pun sedikit dan tetapkan hati kita untuk terus mengamalkan. Selain itu, amalan-amalan lain jangan dilupakan pula.

P/S : Semakin bertambah usia maka akan semakin dekatlah kita dengan alam kematian. Sampai bila kita harus terus bertangguh....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .