05 March 2013

Saat Kita....



Saat kita dapat tidur lena,
ada anak yang menjadi yatim,
ada isteri yang menjadi balu,
ada ibu yang kehilangan anaknya,
ada nenek yang kehilangan cucunya.

Saat kita masih dapat menjamu selera,
ada anak-anak kecil yang tercatu makanannya,
ada suami yang kehilangan mata pencariannya,
ada bapa yang risaukan akan keluarganya,
ada datuk yang mengenangkan untung nasibnya.

Saat kita riang dan gembira,
ada hati yang gundah-gulana,
ada perasaan yang sedang berduka,
ada jiwa yang sedang bergolak,
ada semangat yang sedang mengelodak.

Kita disini masih keras hatinya,
masih bertarung nafsunya,
masih bercabang niatnya,
masih bersisa usahanya,
masih berkelana hatinya.

Sampai bila kita masih terus begini....

P/S : Al Fatihah diucapkan kepada pahlawan negara yang telah terkorban. Semoga segala amalanmu diterima ALLAH SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Pengorbananmu tidak sia-sia....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .