01 April 2013

Merenung, Berfikir dan Mengkaji....


(Klik di sini untuk melihat video)


22 Pengajaran daripada Perang Uhud :
  1. Punca segala bala itu adalah daripada maksiat yang ada dalam diri mereka.
  2. Allah menguji umat Islam dengan kemenangan dan kekalahan yang silih berganti.
  3. Menunjukkan kebenaran akan kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah SAW.
  4. ALLAH hendak membezakan di antara orang mukmin dan orang munafik.
  5. Hamba-hamba ALLAH mengabdikan diri kepada ALLAH pada setiap masa. Sama ada ketika waktu susah mahu pun senang.
  6. Untuk membezakan antara mereka yang ikhlas berjuang di jalan ALLAH dengan mereka yang berpura-pura.
  7. ALLAH menguji hamba-NYA dengan kemenangan dan kekalahan dalam peperangan.
  8. ALLAH menyediakan kedudukan dan darjat yang tinggi kepada umat-NYA yang beriman.
  9. Nafsu manusia suka kepada ketenangan dan kesenangan. Tetapi apabila diuji dengan kesusahan barulah kita mengingati ALLAH.
  10. Mati syahid merupakan martabat yang paling tinggi.
  11. Benarnya mimpi Rasullullah SAW.
  12. Kehebatan perubatan Nabi apabila menolak semula mata Qatadah yang telah terkeluar.
  13. Rasullullah hanya membunuh seorang tokoh musyrikin iaitu Ubai Bin Khalaf. Menafikan tuduhan masyarakat barat yang mengatakan bahawa Rasullullah seorang "penganas."
  14. Rasullullah mengamalkan konsep "Majlis Syura."
  15. Peperangan Uhud menyerlahkan keberanian Rasullullah SAW.
  16. Rasullullah memiliki daya kepimpinan dan strategi peperangan yang begitu unggul dan sempurna.
  17. Rahmatnya Rasulullah kepada umatnya.
  18. Kesabaran Rasullullah terserlah sepanjang peperangan tersebut.
  19. Bahayanya pandangan kita mendahului pandangan Rasullullah SAW.
  20. Mencari dunia dengan maksiat kepada ALLAH dan Rasul adalah punca segala penyakit di atas dunia pada ketika ini.
  21. Benarnya janji-janji ALLAH untuk membantu umat Islam.
  22. ALLAH memberikan pengajaran kepada mereka yang enggan mengikut arahan Nabi Muhammad SAW. 
P/S : Umat Islam begitu unggul dahulu. Kini kita seperti tiada apa-apa. Kehebatan sejarah dipadamkan oleh golongan orientalis. Semoga suatu hari nanti ISLAM akan kembali megah di atas muka bumi ini.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .